Thursday 1 November 2012

Membership program yang memberi pelbagai kemudahan kepada peniaga

Apakah program MyBonus Cartz ini? 

MyBonus Cartz ialah membership program yang dibawa khas untuk peruncit-peruncit atau usahawan-usahawan yang berniaga memperkukuhkan perniagaan mereka dengan diberi kemudahan sistem pemasaran loyalti dan membership seperti kad ahli (members cards) dan mata ganjaran (reward points), voucher dan kupon diskaun untuk ditawarkan kepada pelanggan mereka. Selain itu, membership program MyBonus Cartz juga membolehkan para peniaga menambah produk jualan mereka kerana kami akan membekalkan kepada mereka terminal Ezeelink yang membolehkan mereka menjual prepaid telefon, pembayaran bil, penghantaran wang ke luar negara iaitu Indonesia dan menjual insuran kemalangan (PA).



Apakah tujuan penubuhan program MyBonus Cartz?

Tujuan membership program yang ditawarkan oleh MyBonus Cartz ini ialah untuk membantu para usahawan, peniaga, pekedai dan peruncit menarik pelanggan ke kedai mereka dan seterusnya, mempastikan pelanggan berkenaan terus melanggan atau membeli dengan pekedai tersebut. Kita sedia maklum bahawa untuk menarik pelanggan baru memang mudah tetapi untuk mempastikan pelanggan baru ini terus membeli dengan kita, sememangnya mencabar dan tidak mudah. Dengan kemudahan sistem loyalti dan membership MyBonus Cartz, pekedai boleh memberi pelanggan kad ahli dan memberi mata ganjaran reward points kepada pelanggan. Mata ganjaran atau reward points terkumpul ini boleh ditebus di kedai itu atau mana-mana kedai di bawah komuniti MyBonus Cartz. Pekedai juga boleh memberi diskaun atau mata ganjaran kepada ahli-ahli lain MyBonus Cartz.

Sekiranya peniaga berminat menyertai komuniti MyBonus Cartz ini, apakah yang bakal mereka terima?

Peniaga yang menyertai komuniti MyBonus Cartz ini akan menerima sistem loyalti dan membership yang telah siap sedia dan mudah dipasang. Ianya juga murah dan tidak mahal, mampu dimiliki oleh semua peniaga. Peniaga bakal menerima kemudahan seperti berikut:

  1. Sebuah terminal Ezeelink.
  2. Kemudahan "standby cash" RM500 di dalam terminal Ezeelink (tertakluk kepada terma dan syarat).
  3. Menjual dan mendaftar kad ahli MyBonus Cartz yang baru. Kita juga menawarkan kad co-branded dengan logo peniaga diatas kad.
  4. Menjual prepaid telefon - prepaid tempatan dan juga luar negara (Indonesia).
  5. Menerima pembayaran bil dari pelanggan.
  6. Menambah nilai kad MyBonus Cartz Ezeelink untuk pelanggan membuat pembayaran di premis perniagaan (kad debit) atau untuk bayar bil / membeli belah secara online dan untuk penghantaran wang ke Indonesia.
  7. Menjual insuran kemalangan bernilai RM50,000 (PA) pada harga yang amat murah. Pemegang kad boleh membeli insuran PA pada harga RM15 setahun, bukan ahli RM30 setahun.
  8. Menerima dan memberi mata ganjaran kepada pelanggan setiap kali pelanggan membeli belah dengan peniaga. Ini sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan anda supaya terus setia dengan perniagaan anda.
  9. Menawarkan dan membuat promosi tawaran istimewa kepada pelanggan dan pemegang kad seperti diskaun atau kupon dan baucar.
  10. Mendapat publisiti dan promosi tambahan bersama komuniti MyBonus Cartz- perniagaan anda akan disenaraikan di EMall MyBonus Cartz. Anda juga boleh menawarkan produk-produk anda di Emall MyBonus Cartz.
  11. Dan yang terpenting, mendapat pendapatan tambahan kerana setiap kali peniaga menjual servis-servis diatas, peniaga akan menerima komisyen.

Terminal Ezeelink


Kenapa peniaga perlu menyertai program ini?

Ini adalah antara sebab-sebab utama kenapa peniaga perlu mempertimbangkan untuk menyertai program ini:

  1. Sistem loyalti dan membership MyBonus Cartz dan Ezeelink ini membantu peniaga dan usahawan menarik pelanggan untuk terus kekal bersama mereka. Ia adalah salah satu cara pemasaran dan promosi terkini. Kita sudah menerima testomi positif dari peniaga komuniti MyBonus Cartz. Sejak mereka memakai sistem loyalti dan membership ini, perniagaan mereka bertambah maju.
  2. Kebanyakan peniaga yang ingin membuat loyalti dan membership kad mereka sendiri terpaksa membuat banyak kerja. Ini termasuk sistem design, penyediaan kad, penambahan staf untuk promosi dan tracking. Tidak seperti sistem MyBonus Cartz dan Ezeelink, ianya mudah dan senang digunakan.
  3. Kita tahu sekiranya peniaga ingin membeli sistem loyalti dan sistem membership, peniaga terpaksa menyediakan modal yang besar kerana kos yang amat tinggi sekurang-kurangnya antara RM50,000 ke RM300,000. Membership program MyBonus Cartz dan Ezeelink ini tidak mahal. Harganya hanya RM2,000.00 sahaja.
  4. Sekiranya peniaga mengeluarkan kad ahli sendiri, kad tersebut hanya boleh dipakai di kedai peniaga sahaja. Tetapi, melalui program MyBonus Cartz, kad ahli boleh diterima di mana-mana ahli komuniti MyBonus Cartz. Pelanggan lebih suka kad yang boleh dipakai di mana-mana.
  5. Tiada kos tambahan dari segi penambahan staf atau kos operasi lain. Sistem ini amat mudah diguna.
  6. Peniaga bakal mendapat pendapatan tambahan seperti komisyen kerana boleh menjual produk-produk tambahan melalui terminal Ezeelink dan kad ahli MyBonus Cartz.
Siapakah yang layak untuk menyertai program atau mendapatkan sistem membership MyBonus Cartz ini?

Program atau sistem membership ini terbuka kepada semua peniaga yang mempunyai premis perniagaan atau yang berniaga secara online tanpa premis / kedai. Perniagaan seperti kedai runcit, pasaraya, salun kecantikan, restoran, gerai makanan, kedai gunting, kedai dobi, kedai serbaneka, kedai buku dan alat tulis, kiosk, kedai kek / bakery dan lain-lain.








Adakah anda ingin menambah pendapatan dan memajukan perniagaan anda? Hubungi kami sekarang. Tawaran istimewa menanti anda.